My Blog List

Friday, 6 January 2012

Persoalkan..Rehatkan minda..

    Apakah perkataan dan huruf yang perlu saya fikirkan. Sebelum memulakan sesuatu persoalan atau pertanyaan atau sebaliknya. Apakah mampu saya atau aku atau i atau me atau diri sendiri mengarang  sesuatu pekara yang luar perbatasan minda yang akan menjadi semasa (temporarily) untuk menarik minat dan perkara baru. Dunia di hujung jari tetapi bukan benar-benar tanah di bawah kaki dan langit dijunjungi.
   
   Persoalan tiba umpama secepat kilat dan hilang secepat rasa. Jadi tiada apa pun yang mampu dikatakan selain merasa tanpa menghayati. Dan hilang rahmat hanya tinggal nikmat semata-mata. Umpama mendapat wanita yang kita suka tapi tidak dicintai.

   Minda kita dan fikiran dan otak kita mampu mencetuskan idea atau pekara yang baru dan mampu menyelesaikan mengikut kemampuan melalui pengalaman yang ada. Sejauhmana kita mampu membina perkara baru untuk kemajuan diri dan masyarakat? Apakah kita mampu sumbangkan minda kita kepada masyarakat? Mana yang penting diri sendiri atau masyarakat? Apakah pekara yang kita cetuskan mampu dimanfaatkan oleh sesiapa atau masyarakat malah diri sendiri.

    Lihat pada diri sendiri yang dicipta olehNYA.. Mampukah kita memulakannya.....